BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

Misscall(10)


KOD RAHSIA TELEFON


Assalamualaikum...

Untuk memudahkan anda memeriksa handphone anda, kesahihan imei no (serial no:), tarikh manufacture phone anda, software version, simlock info dan lain-lain jadi berikut adalah senarai kod rahsia phone anda yang tidak lagi rahsia...

Sorry cuma ada nokia dan samsung... Erricsson ada sket..

Nokia

IMEI number: * # 0 6 #
Software version: * # 0 0 0 0 # lub * # 9 9 9 9 #
Simlock info: * # 9 2 7 0 2 6 8 9 #
Enhanced Full Rate: * 3 3 7 0 # [ # 3 3 7 0 # off]
Half Rate: * 4 7 2 0 #
Provider lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 1
Network lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 2
Provider lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 3
SimCard lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 4
1234567890 - MasterCode which is generated from IMEI

Ericsson
IMEI number: * # 0 6 #
Software version: > *
Dafault Language:
Enter to phone menu without SimCard - after Wrong PIN: press NO:* * 0 4 * 0 0 0 0 * 0 0 0 0 * 0 0 0 0 #


Samsung
IMEI number: * # 0 6 #
Software version: * # 9 9 9 9 # albo * # 0 8 3 7 #
Net Monitor: * # 0 3 2 4 #
Chaning LCD contrast: * # 0 5 2 3 #
Memory info: * # 0 3 7 7 # albo * # 0 2 4 6 #
Reset memory (SIMLOCK`a removing!!!): * 2 7 6 7 * 3 8 5 5 #
Reset CUSTOM memory: * 2 7 6 7 * 2 8 7 8 #
Battery state: * # 9 9 9 8 * 2 2 8 #
Alarm beeper: * # 9 9 9 8 * 2 8 9 #
Vibra test: * # 9 9 9 8 * 8 4 2 #




Anda bolehlah mencuba sendiri..
Tapi kalu tak jadi jangan marah daa.

Adiosss...

Miscall(9)

Eksperimen Kesan radiasi

Anda ingin tahu kesan radiasi???
lihat sendiri video ini.

Misscall(8)

Assalamualaikum


KADAR RADIASI

Tahukah anda bahawa telefon anda boleh menjadi bahaya disebabkan oleh kadar radiasinya.Mengikut Persatuan Industri Telekomunikasi Selular, satu cara menentukan sama ada radiasi yang dipancarkan oleh sebuah telefon bimbit itu sampai ke paras bahaya ataupun sebaliknya ialah dengan mengesan dan menentukan kadar penembusan radiasi itu (dipanggil specific absorption rate, SAR) kepada badan manusia.

Mengikut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), kadar SAR paling maksimum yang dibenarkan ialah 1.6W/kg (1.6 watt bagi setiap satu kilogram). Jika sebuah telefon bimbit itu mengeluarkan kadar radiasi yang lebih tinggi daripada kadar tersebut, ia tidak lagi dikira selamat kerana kadar radiasi yang lebih tinggi itu boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Mengikut satu carta yang disediakan dalam sebuah laman web tajaan CNET, 10 jenis telefon bimbit di Amerika Syarikat yang dianggap hampir ke tahap merbahaya (tapi masih lagi di bawah paras maksimum yang ditetapkan oleh FCC) adalah seperti berikut -

(a) Ericsson T28 World - kadar SAR 1.49



(b) Nokia 5170i - kadar SAR 1.49

(c) Nokia Digital 5160 - kadar SAR 1.45


(d) Nokia 5170 - kadar SAR 1.45


(e) Denso TP 2200 - kadar SAR 1.44


(f) Samsung Uproar - kadar SAR 1.437

(g) Nokia 6162 - kadar SAR 1.42

(h) Nokia 6185i - kadar SAR 1.41

(i) Qualcomm QCP - 1960 - kadar SAR 1.41

(j) Kyocera QCP-6035 - kadar SAR 1.41

Oleh itu berhati-hatilah dengan telefon anda.


Misscall(7)

Assalamualaikum...


MyImam AlQuran Handphone.


Setibanya ramadhan yang mulia ini,saya ini memperkenalkan sebuah telefon iaitu MyImam AlQuran Handphone.


Telefon ini dilengkapi dengan bacaan al-quran 30 juzuk & teks berwarna Rasam Othmani.Ia juga mengandungi 28 terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu dan inggeris,doa khatam al-quran,tafsir alquran termasuk Tafsir Ibnu-Kasir (Arab), Tafsir Jalalain (Indonesia, Arab, Inggeris, Perancis),11 buah kitab hadis termasuk Sahih-Bukhari, Sahih-Muslim, Sahih Abi-Daud, Sahih Ibnu Majah dan lain-lain dan waktu solat, azan dan kiblat mengikut daerah di Malaysia dan bandar-bandar utama luar negara.


Antara ciri-ciri yang ada pada telefon ini ialah :

-skrin sesentuh TFT Lcd berserta pen sesentuh
-Bluetooth
-mp3 dan mp4
-FM radio
-video player(3gp)
-2 sim kad 2 band
-stereo speaker
-warranty 1 tahun
-external sd card slot
-camera 1.3 megapixel

Accessories telefon:

-2 GB SD card
-1 charger

-1 battery
-1 earphone
-kompas
-buku panduan


Extra feature

-games
-unit converter
-currency converter
-world clock

Harga semasa :

RM 380.00

Saturday, August 22, 2009

Misscall(6)

Assalamualaikum..

Tip mengetahui telefon original


Helo evibodi..
Kini tibalah masanya saya menmberitahu anda semua tentang tip untuk mengetahui telefon anda original beserta kualitinya.Saya tau mungkin sesetengah daripada korang dah tau macam mana tapi bagi memenuhi ruang blog saya,saya pos kan juga cara-caranya...
so zasss....


Cara nya..

Dulu-dulu,pada papan papan kekunci anda,dail *#06#..Selepas itu,telefon anda akan mengeluarkan nombor siri(serial number) telefon anda.

Sesudah itu,apa yang anda perlu lakukan adalah...
Perhatikan nombor di kedudukan ke-7 dan nombor dikedudukan yang ke-8 dalam nombor siri telefon anda.

(xxxxxx??xxxxxxx)

Tafsirannya..

Jika no ke-7 dan ke-8 pada nombor siri telefon anda adalah 02 atau 20 ,ini bermakna pemasangan telefon anda adalah di Emirates dengan kualiti sangat teruk.

Jika no ke-7 dan ke-8 anda menunjukkan nombor 08 atau 80, telefon anda telah dipasang di Jerman dan kualitinya biasa sahaja(sederhana)

Jika no ke-7 dan ke-8 anda adalah bernombor 01 atau 10,telefo anda dipasang di Finland dan kualiti telefon anda adalah agak baik.



Jika telefon anda pada nombor ke-7 dan ke-8 nya ialah 00 , kualiti telefon anda adalah sangat baik dan dipasang oleh negara pengeluar telefon tersebut.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 anda adalah 13 ,ini bermakna telefon anda dipasang di Azerbeijan dengan kualiti yang paling buruk.



Jika nombor ke-7 dan ke-8 anda adalah selain daripada nombor diatas, saya meminta maaf kerana saya pun tak tahu status telefon anda.

Friday, August 21, 2009

Misscall(5)

Assalamualaikum

Tip untuk menjaga telefon bimbit.

Hai..

Ini ada beberapa tip untuk menjaga telefon bimbit..
sesapa yang berminat nak tahu bacalah..



  • Hanya menggunakan sim kad yang sudah berdaftar sahaja.Sekiranya anda membeli sim kad baru,daftarkan dahulu baru dipasang pada telefon bimbit..
  • Aktifkan pin kod atau phonelock sebelum ekses telefon.Dengan adanya pin kod,anda dapat menghalang tangan-tangan gatal yang cuba menggunakan telefon anda.
  • Aktifkan keypad lock automatik anda.Ini dapat mengelak daripada tertekan butang call secara tidak sengaja dan mengsia-siakan duit anda.
  • Mengecas telefon anda apabila bateri betul-betul habis.Telefon anda lebih mudah rosak jika mengecas sebelum bateri masih ada.
  • Menggunakan bateri yang original dan berkualiti sahaja.Selain menjaga telefon anda dari rosak,ia juga menjaga beteri supaya tahan lama.
  • Jangan meletakkan telefon anda merata-rata.Ini membantu daripada telefon anda dari terpijak atau terduduk diatasnya.Anda juga boleh menggunakan sarung untuk melindungi telefon anda.
  • Bersihkan telefon anda menggunakan kain lembut jika kotor.Elakkan membersihkan telefon anda menggunakan air.Ini boleh merosakkan komponen telefon.
  • Pastikan anda meletakkan telefon anda pada tempat yang bersuhu normal supaya komponen telefon tidak berlaku pengewapan.
  • Mengcuba mengelakkan telefon anda dari jatuh atau berdekatan dengan api mahupun di kawasan yang panas terutama di dalam kereta dibawah sinaran matahari.

Misscall(4)

Assalamualaikum..

Cara-caramemanjangkan hayat telefon bimbit.

Dulu saya ada kongsi mengenai punca bateri telefon cepat habis.Oleh itu saya nak kongsilah plak cara-cara nak memanjangkan hayat telefon bimbit.

  • Mematikan telefon bimbit anda ketika sedang mengecas
Adalah digalakkan off kan telefon bimbit anda ketika mengecas.Ini kerana apabila apabila anda mengecas dalam keadaan telefon anda ON,arus elektrik yang keluar dan masuk akan merosakkan molekul-molekul dalam bateri akibat daripada penambahan beban pada proses kimia dalam bateri.

  • Jangan selalu mengecas di kereta.
Apabila mengecas didalam kereta,port pemetik api digunakan untuk mengecas.Voltage pada sambungan tersebut biasanya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke bateri anda juga tidak stabil.Kestabilan ini jika berulang menyebabkan komponen dalam bateri cepat rosak.

  • Memastikan beteri anda habis sebelum dicas kembali
Sebelum mengecas bateri telefon anda,saik-baiknya menggunakan sepenuhnya bateri yang ada.Cas bateri anda hanya sekiranya bateri betul-betul kosong.Ini untuk mengelakkan daripada berlaku masalah memory effect.

  • Cas sehingga FULL pada pertama kali anda beli telefon
Anda biasanya dinasihatkan supaya mengecas telefon anda sehingga penuh pada waktu anda membeli telefon baru.Proses ini sangat penting dalam menentukan usia bateri.Apabila kita mengecas bateri pada kali pertama,Seluruh sel dalam telefon mula beroperasi.Maka disarankan supaya mengecas bateri pada kali pertama adalah lebih panjang waktunya.

  • Sentiasa kawal
Mengecas terlalu lama juga tidak elok untuk bateri anda.Ini akan merosakkan komponen dalam telefon.Oleh itu kita perlu mengawal waktu mengecas telefon kita.