BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 21, 2009

Misscall(4)

Assalamualaikum..

Cara-caramemanjangkan hayat telefon bimbit.

Dulu saya ada kongsi mengenai punca bateri telefon cepat habis.Oleh itu saya nak kongsilah plak cara-cara nak memanjangkan hayat telefon bimbit.

  • Mematikan telefon bimbit anda ketika sedang mengecas
Adalah digalakkan off kan telefon bimbit anda ketika mengecas.Ini kerana apabila apabila anda mengecas dalam keadaan telefon anda ON,arus elektrik yang keluar dan masuk akan merosakkan molekul-molekul dalam bateri akibat daripada penambahan beban pada proses kimia dalam bateri.

  • Jangan selalu mengecas di kereta.
Apabila mengecas didalam kereta,port pemetik api digunakan untuk mengecas.Voltage pada sambungan tersebut biasanya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke bateri anda juga tidak stabil.Kestabilan ini jika berulang menyebabkan komponen dalam bateri cepat rosak.

  • Memastikan beteri anda habis sebelum dicas kembali
Sebelum mengecas bateri telefon anda,saik-baiknya menggunakan sepenuhnya bateri yang ada.Cas bateri anda hanya sekiranya bateri betul-betul kosong.Ini untuk mengelakkan daripada berlaku masalah memory effect.

  • Cas sehingga FULL pada pertama kali anda beli telefon
Anda biasanya dinasihatkan supaya mengecas telefon anda sehingga penuh pada waktu anda membeli telefon baru.Proses ini sangat penting dalam menentukan usia bateri.Apabila kita mengecas bateri pada kali pertama,Seluruh sel dalam telefon mula beroperasi.Maka disarankan supaya mengecas bateri pada kali pertama adalah lebih panjang waktunya.

  • Sentiasa kawal
Mengecas terlalu lama juga tidak elok untuk bateri anda.Ini akan merosakkan komponen dalam telefon.Oleh itu kita perlu mengawal waktu mengecas telefon kita.


0 comments: