BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

Misscall(8)

Assalamualaikum


KADAR RADIASI

Tahukah anda bahawa telefon anda boleh menjadi bahaya disebabkan oleh kadar radiasinya.Mengikut Persatuan Industri Telekomunikasi Selular, satu cara menentukan sama ada radiasi yang dipancarkan oleh sebuah telefon bimbit itu sampai ke paras bahaya ataupun sebaliknya ialah dengan mengesan dan menentukan kadar penembusan radiasi itu (dipanggil specific absorption rate, SAR) kepada badan manusia.

Mengikut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), kadar SAR paling maksimum yang dibenarkan ialah 1.6W/kg (1.6 watt bagi setiap satu kilogram). Jika sebuah telefon bimbit itu mengeluarkan kadar radiasi yang lebih tinggi daripada kadar tersebut, ia tidak lagi dikira selamat kerana kadar radiasi yang lebih tinggi itu boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Mengikut satu carta yang disediakan dalam sebuah laman web tajaan CNET, 10 jenis telefon bimbit di Amerika Syarikat yang dianggap hampir ke tahap merbahaya (tapi masih lagi di bawah paras maksimum yang ditetapkan oleh FCC) adalah seperti berikut -

(a) Ericsson T28 World - kadar SAR 1.49



(b) Nokia 5170i - kadar SAR 1.49

(c) Nokia Digital 5160 - kadar SAR 1.45


(d) Nokia 5170 - kadar SAR 1.45


(e) Denso TP 2200 - kadar SAR 1.44


(f) Samsung Uproar - kadar SAR 1.437

(g) Nokia 6162 - kadar SAR 1.42

(h) Nokia 6185i - kadar SAR 1.41

(i) Qualcomm QCP - 1960 - kadar SAR 1.41

(j) Kyocera QCP-6035 - kadar SAR 1.41

Oleh itu berhati-hatilah dengan telefon anda.


0 comments: